BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Popular Posts

Sunday, 12 June 2011

LUAHAN HATI SEORANG INSAN JIMMY SHANLEY.


INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”

because i.m a girl....

my love..

just him in my heart.. just him give me supporter when i really needed...everything about him i like...



my love family....

without them maybe i will not happy like now.. they all my inspiration.. just them....

Saturday, 11 June 2011

Contohi pendekatan UiTM

Dari mula lagi saya tertarik dengan isu yang dikemukakan dalam surat bertarikh 19 Februari 2011 daripada Adiwira, Kuala Lumpur dan surat bertarikh 22 Februari 2011 daripada Yusuf Jalli, Kuala Lumpur, yang disiarkan di ruangan ini.

Saya juga tertarik dengan surat jawapan bertarikh 28 Februari 2011 daripada Pengarah Unit Pengurusan dan Penambahbaikan Kualiti (QMEC) UM. Saya tambah tertarik dengan satu lagi surat oleh Siswa Harapan UM bertajuk Minda siapa harus berubah? yang disiarkan pada 7 Mac 2011. Kesemuanya berhubung isu Naib Canselor UM yang dikatakan lebih mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu.

Saya bukan seorang pelajar UM. Tetapi sebagai seorang yang bergelar mahasiswa yang telah ditakdirkan rezeki ilmunya di Universiti Teknologi Mara (UiTM), ada baiknya saya cuba berkongsi cerita dan pendapat. Bukanlah ingin menyebelahi mana-mana pihak, tapi saya cuba membawa satu contoh institusi yang pada saya cukup seimbang daripada segi pemantapan intelektualnya, mahupun penguasaan dan keutamaan bahasa yang digunakan.

Tahun ini merupakan tahun kedua saya menuntut di UiTM. Bila diimbas kembali saat mula-mula orientasi sebelum bergelar mahasiswa UiTM, saya masih ingat lagi ucapan dasar Naib Canselor yang lalu; "UiTM sudah mencapai banyak kejayaan. Tetapi disebabkan universiti ini hanya untuk bumiputera dan hanya segelintir sahaja pelajar dari luar negara diambil, kita gagal berada dalam ranking universiti terbaik dunia. Walaupun kita tidak diiktiraf, biarlah. Tetapi kita tahu kita memang hebat".

Ketika ini, ucapan dasar tersebut masih terngiang-ngiang di telinga saya. Saban hari saya lihat banyak universiti tempatan lain diiktiraf dunia, tetapi saya hanya tersenyum. Saya tahu kemampuan pelajar dan kakitangan UiTM. Saya juga tahu telah banyak pencapaian bertaraf dunia oleh para pelajar dan pensyarah UiTM.

Menyentuh keutamaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di UiTM, saya tidak lihat bahasa ibunda saya dipinggirkan di sini. Para pelajar dan pensyarah masih berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Apabila perlu, bahasa Inggeris akan digunakan seperti mana proses pembelajaran yang memerlukan bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa pengantaraan. Ada seorang pensyarah sahabat saya pernah berkata: "Even you are good in English (pertuturan), you are still Melayu, you are not American."

Daripada segi pasaran kerja, tidak segan saya menyatakan banyak graduan UiTM berjaya mendapatkan kerja dalam pelbagai sektor. Walaupun ada kajian baru-baru ini menyatakan peratusan graduan UiTM yang gagal mendapatkan kerja lebih tinggi, bagi saya, kita perlu lihat daripada segi jumlah kuota penerimaan bilangan graduan yang masuk untuk belajar di sini lebih tinggi berbanding universiti lain. Bagi saya, sudah menjadi tanggungjawab UiTM ingin membantu anak bangsa sendiri.

Saya juga ingin berkongsi kisah tentang Naib Canselor UiTM, Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, seorang yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan masalah para pelajar. Bagi saya, medium Facebook yang digunakan sangat berkesan. Segala masalah atau kesulitan boleh disalur terus kepada beliau. Tiada lagi birokrasi.

Lebih menyentuh hati, setiap aduan atau sapaan oleh setiap pelajar dijawab mesra dan penuh tanggungjawab oleh beliau di laman sosial tersebut. Saya akui kemudahan di UiTM ada yang tidak sempurna seperti lif yang selalu rosak, mungkin disebabkan kuota pelajar yang semakin meningkat. Tetapi ada sahabat saya yang sentiasa berfikiran positif; "Sudah tiba masanya untuk menggunakan tangga. Sihat juga".

Walaupun kami tidak diiktiraf dalam senarai universiti terbaik dunia, walaupun kemudahan ada cacat celanya, kami tahu UiTM telah cuba sebaik mungkin membantu anak bangsa sendiri. Kami juga tahu kami dapat seimbangkan apa yang perlu untuk menjadikan kami graduan yang berkualiti. Bersederhana itu adalah yang terbaik.

FIKRI JUMIRAN
Bangsar, Kuala Lumpur
Utusan Malaysia/ Selasa/ 8 Mac 2011/ Forum

BY:  Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar

WHAT IS BALANCE?

Wahb bin Munabbih (RH) said: A scholar once asked another greater than him in knowledge, “How much should I build?” He replied, “As much as shelters you from the sun and the rain.” He asked, “How much food should I eat?” He replied, “More than what keeps you hungry and less than what makes you full.” He asked, “How much should I wear?” He replied, “As the Messiah (Jesus) did.” He asked, “How much should I laugh?” He replied, “As much as appears on your face but does not make audible your voice.” He asked, “How much should I cry?” He replied, “Never tire from crying out of the fear of Allâh.” He asked, “How much should I hide my deeds?” He replied, “Until people think you had not done a good deed.” He asked, “How much should I make public my deeds?” He replied, “As much as will let the keen follow your example but not have the people talk about you.”

Wahb said. “Everything has two ends and a middle. If you grab one end, the other will slant, but if you take the middle, both ends will balance. Stick to the balanced middle in all affairs.” Related by Abu Nu’aym.

Bagaimana Nak Melupakan Ex Kita dan Mulakan Hidup Baru?

Betapa indahnya percintaan namun tiba2 saja pasangan kamu nak minta brek. Seperti jantung awk berhenti tiba2. Bercinta dan putusnya sebuah perhubungan merupakan salah satu warna kehidupan yang akan kita semua alami. Takkan muncul pelangi tanpa hujan.

Selepas suatu hubungan berakhir ramai yang berusaha untuk melupakan ex mereka, namun segelintir masih lagi mengalami kesukaran untuk hidup bahagia selepas ditinggalkan. Sebenarnya, melupakan bukan ayat yang sesuai, kerna sampai bila2pun kita takkan pernah melupakan apalagi seseorang yang pernah memberi rasa di dalam hati kita, kecualilah seseorang itu hilang ingatan atau nyanyuk. Setuju tak? Kenapa? Kerna selama kita berusaha melupakan, selama itulah juga rindu kepadanya akan semakin kuat dan selama hidup kita di dunia ini setiap kenangan akan mengikut kita hingga ke akhir waktu jadi bagaimana kita bisa melupakan? Sebenarnya, dalam kehidupan ini, kita tak pernah melupakan, kita sebenarnya belajar untuk terus hidup tanpa dia di sisi.

- Selesaikan segala yg belum selesai d antara kamu berdua, kerna pkara2 yg tidak diselesaikan itulah yg selalu menganggu fikiranmu dan menghambat kamu untuk melangkah ke depan.

- Menangislah dan keluarkan segalanya, kelukaan dan segala macam rasa yg menghimpit hatimu, kamu memang berhak untuk menangis, kerana hatimu telah dihancuri, anda merasa dikianati, diabaikan, segala pengorbanan anda selama ini tidak dihargai, terasa sia-sia dan itu adalah perkara normal. Lepaskan semuanya namun pastikan selepas ini anda tidak akan menangis lagi untuk alasan yg sama.

- Jangan menyalahkan diri anda sahaja.  Ia hanya membuat anda rasa bersalah dan sukar untuk memaafkan diri sendiri. Di dalam sesuatu perhubungan, bukan anda seorang saja yg selalu salah. Yg penting anda telah menyedari kesilapan anda dan belajar darinya.

- Terimalah kenyataan bahwa kamu sudah tidak ada apa2 hubungan lagi dan takkan bisa bersama seperti dulu.

- Coretkan segala rasa kamu ke dalam diari, lepaskan semua suka duka bersama even hal pergaduhan kamu ketika bersama, ia akan menjadi pengajaran untuk anda di masa akan datang.

- Padam nombornya, tahan diri darrpada sms, kol, even chatting kat fb. Jika dia ingin bertemu lebih baik elakkan kerana ia hanya akan menjejaskan emosi anda. Ramai yg ingin terus berkawan, itu tak salah namun untuk sementara waktu lebih baik jauhkan diri dari dia. Bila anda benar-benar ingin memulakan hidup baru tanpa dia, anda tak boleh lemah kerana segala usaha anda akan mjadi sia-sia. Menjauhkan diri untuk seketika tidak bermaksud anda memutuskan persahabatan yg pernah terjalin tp untuk sementara waktu anda perlukan masa untuk diri sendiri jauh dari dia. Ia adalah langkah pertama untuk anda belajar hidup tanpa dia.

- Simpan segala pemberiannya, gambar atau benda yg akan mengingatkan anda kepadanya. Tak payah buang atau bakar, cukup memasukkannya ke dalam kotak, almari atau stor, asal anda tidak melihatnya lagi. Hei...rugilah nak buang, janganlah membazir, kan boleh guna lagi..hohohoho..suatu saat benda2 tu takkan memberi efek apa-apa pun dalam diri anda dan masa tu anda boleh kuarkan semuanya.

- Sibukkan diri anda, cari hobi baru dan enjoykan diri anda, yg suka membaca boleh cari novel baru, shopping ke, tengok wayang ke, pegi gym ke...

- Tumpukan perhatian anda terhadap pekerjaan, yg takde pekerjaan, carilah kerja. Anda akan memperolehi wang daripada buang masa dengan terus meratapi kenangan silam.

- Sesekali, ingatan terhadapnya pasti akan muncul. Jangan terlalu ikut emosi. Ia hanya akan membuatkan anda jatuh kmbali.

- Luahkan kepada famili atau teman rapat anda.Mereka pasti tahu bagaimana untuk membuat anda selesa dan menghiburkn anda. Luangkan masa bersama mereka, ambil masa ini untuk menebus segala masa yg kamu abaikan untuk bersama mereka eswaktu anda sedang hangat bcinta sehingga melupakan mereka.

- Gunakan masa ini untuk menghargai hidup anda dan status anda sebagai single. Manjakan diri anda. Manfaatkan masa ini, lakukan perkara berfaedah yg anda tak dapat buat ketika anda bersama ex anda dulu.

- Cari persekitaran baru, cari aktiviti baru, cari kawan baru. Anda pasti akan menemui seseorang yg anda suka dan bisa membuat anda tersenyum semula.

- Janggn angggp diri kita lemah. Kita takkan tahu setakat mana kemampuan kita selagi kita tak berusaha.Ingatlah Tuhan takkan meberi ujian yg melebihi dari batas kekuatan kita. Semua terpulang kepada diri kita samada mau terus terikat dengan kenangan yg menyakitkan atau melangkah ke hidup yg baru.

- Paling pnting, ketika anda sedang bersedih, jangan sesekali melakukan perkara yg akan menyebabkn anda menyesal seumur hidup.

- Buang perasaan benci dan ketidakpuasan hati anda, ia hanya membuang masa anda. Kemarahantak akan menggubah apa-apa. Its time to pick yourself up and move forward. Prove that you still can live your life better even without him/her. Life is too short to waste even one precious minute.

- Dekatkan diri kepada Tuhan. Jika selama ini kebahagiaan telah membuat kita lupa kepada Dia dan membutakan mata hati kita, saat inilah kita mohon kemaafan dan bersyukur atas segala yg telah Dia berikan kepada kita. Terimalah segalanya dengan redha. Percayalah, Tuhan takkan mengambil sesuatu dengan cuma-cuma tanpa memberikan yg terbaik kepada kita. Dia yg Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Semua yg berlaku pasti ada hikmah yg tersembunyi. Belajarlah dari kesilapan lalu, agar di kmudian hari, kita lebih tahu dan sudah mengerti dan bisa mengelak dari masalah yg sama.

- Bila dia memang untuk anda, walau terpisah sejauh mana pun dan seberapa lama pun kamu pasti akan bertemu juga dan kamu akan merasakan Rasa itu tak pernah berubah ditelan jarak waktu. Tapi kadangkala, manusia sering salah dalam menafsir rasa mereka, ada yg bertemu setelah sekian lama tapi itu tak bermakna juga kmu ditakdirkan untuk bersama.Minta petunjuk dari Tuhan, selidiki hatimu, dengar dan rasakan, ada jawapan dalam hatimu.

Selamat berjaya!!!!